G O B B L O G

McProsperity Babi

by Apis on Dec.27, 2008, under Life

This time is my favourite time of the year. I mean bukan tahun baru. Tahun baru and Krismas pada aku bukan apa-apa sgt pun, sbb aku jarang nak sambut. To me it’s just another day.

What I mean this time of the year is, McDonalds ada McProsperity burger. Yeay!!! Bila nak dekat tahun baru cina jer, mesti keluar burger ni kan. Best gila.. Ni lah favourite burger aku kat McDonalds. Sedap nak mampos. Dengan sauce black pepper tu.. yum yum.. Dahlah tahun ni, siap ada double plak tu daging dia. Meleleh o…

So malam tadi, aku dengan member aku, betapa semangatnya mengigihkan diri, pergi McDonald’s. Dahlah pukul 2 pagi. Padahal McDonald’s paling dekat adalah lebih kurang 50 plus plus kilometer. Boleh tahan jauh tu. Tapi kalau drive, pastu sembang2, rasa dekat jer…Pergi semata-mata nak makan McD. Pastu balik. 

Tapi adengan paling best semalam, on the way nak gi McD tu, WAH..!!! Terjumpa lori angkut babi ni. Dah lama tak nampak babi. Last time aku tengok babi ialah masa kena kejar dengan babi hutan kat hutan kat Melaka time aku Form 5 dulu. Tu pun babi hutan. Lain…

Kalau babi gantung tu, selalu gak lah aku jumpa. Tu dah kena kerat, lain…. Tapi semalam, babi ternak yg kaler pink nak ke kaler coklat kelabu tu. Yang tu lah. Tetiba terkagum plak. Macam tgk singa kat zoo aku rasa.  

Babi tu ramai2 kena angkut dengan lori. Sempit je aku tgk. Kesian plak babi tu. Babi tu nak kena sembelih kat Singapore kot. Aku bajet, dekat area jalan yang aku lalu tu, mesti ada ladang ternak babi. Ni nak kena report dengan Karam Sigh Walia ni.

Anyway, tu jer aku nak citer. Semalam aku tengok babi setelah sekian lama. Rugi plak tak snap pic, sbb semalam asyik tgk babi.

Leave a Comment more...

Hey Kau!

by Apis on Dec.25, 2008, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

Hey Kau! [3:26] - Guy’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Bila ku berkata
Lagakmu tak kemana
Kau kan mudah di lupa
Janganlah marah

Bila ku berkata
Tarafmu di kepala
Kan tersembam ke tanah
Jangan melatah

Hey kau (5X) 
12345 Jangan lari
Hey kau (5X)
12345 Jangan sembunyi

Bila ku berkata
Hidup ini sementara
Tak selamanya
Adakah kau bersedia?

Bila ku berkata
Dunia yang indah
Akhirnya kan musnah
Habis cerita

Beribu buih di hamparan lautan
Kan berkecai jua di persisiran
Oo kasih
Beribu teman mengiring perjalanan
Kan hilang nanti
Kau kan sendiri
Oo sedih

Hey kau
Ke kiri ke kanan
Majulah kedepan langkahmu
Hey kau
Ke kiri ke kanan
Ingatlah tujuan asalmu

September, Oktober, November, Disember, na
Januari, Februari, Mac, April, na
May, Jun, Julai, Ogos, Setahun dah
Selamat Hari Jadi………

Lagu ni pun dah lama gak dalam koleksi. Bertahun gak lah. Pasal tu muzik dia old fashion skit. Anyway, Enjoy dan komenlah kalau rajin.

Leave a Comment more...

Merry Xmas

by Apis on Dec.25, 2008, under Life

Merriieee Kerismas Ant Happiiee Holidaiiieee…

Leave a Comment more...

Mengidam Donut JCo

by Apis on Dec.23, 2008, under Life

Kenapakah sejak aku bangun tidor pagi tadi, aku asyik terbayang donut JCo jer? Tak kisahlah perisa apa, tapi dr pagi tadi terasa nak ngap jer sebijik. Sepuluh bijik pun OK gak. Arrggghhh!!! Glazzy pun aku tak kisah.. Sedap oo donut kosong kat Jco.

Tapi kalau boleh, aku nak yg tiramisu tu. Tak pun yg coklat penuh kat atas tu.. apa ntah nama dia.. coco apa ntah.. tak pun, aku nak yg kaler pink ada kacang2 kat atas tu.. tu pun aku tak tahu nama. Tak pun yg kaler putih tu, yg ada corak2 kat atas. Tu pun mcm best. Tak tahu namalah.. Selalu tunjuk-tunjuk jer masa beli. Heheh…

Kat sini takder plak franchise JCo. Nak beli kena gi KL. Aku kat Jb.. Uwahhhh!!!!.. Bila Jco nak bukak kat JB ni..??? Ni yg terasa nak gi KL krismas ni sbb nak makan donut JCO.

JCo… Aku rindukan mu….

4 Comments more...

I’m A Fan Of Ortopilot

by Apis on Dec.21, 2008, under Internet, Music

Have been subscribe to his chanel for quite some time. Enjoyed all his rendition and original. Really admire his talent.

But when he cover, one of my favourite song of all time (melody-wise), I have to put it on my blog. Enjoyed.

Check his other videos HERE.

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!