Life
Happy New Year!! My Resolution…
by Apis on Jan.01, 2009, under Life
Selamat Tahun Baru!!! There goes 2008. For me, it’s just another year. Nothing significant happen in my life. Boring year (or boring me) as usual.
I know, it was just cliche.. and I know you might had read it on another blog, other’s people new year’s revolution. Every blog that I visited, somehow love/need to list down their New Year’s Resolution. And I’m about to do that now:
MY NEW YEAR’S RESOLUTION IS: Work harder to achieve what I wanted all this time and be a better person. (highlight it)
Boring, isn’t it.
Anak buah aku
by Apis on Dec.29, 2008, under Life
Saja jer nak letak gambar ni.. Mcm Lawa plak..

Selamat Maal Hijrah 1430
by Apis on Dec.28, 2008, under Life
Semoga umat Islam sedunia akan menjalani tahun yang mendatang dengan lebih baik. Amin.. Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah saudara-saudara ku yang dalam kesusahan sekarang.
Umat Islam di Palestin di harap dapat dibela. Semoga Israel yg jahat tu mati dan ditimpa bala.
McDon’t Know
by Apis on Dec.28, 2008, under Life
Baru je gi makan Prosperity semalam.. by the way, lupa nak citer, apsal harga Prosperity burger mahal nak mampos ek sekarang?? Kalau dengan harga yang sama aku makan kat kedai tomyam, mcm-macam lauk aku boleh dapat. Hehhe..
Anyway back to the story, semalam kat tepi laut dekat dengan rumah aku ni, ada pertandingan memancing. Banyak tu hadiah kalau menang tempat pertama, RM 6000. Masyuk.. jangan tak masyuk..
So, sempena pertandingan tu, adalah gerai-gerai. Kat salah satu gerai jual burger, ayam goreng and fries, terjumpa benda ni…. Cute kan.

McProsperity Babi
by Apis on Dec.27, 2008, under Life
This time is my favourite time of the year. I mean bukan tahun baru. Tahun baru and Krismas pada aku bukan apa-apa sgt pun, sbb aku jarang nak sambut. To me it’s just another day.
What I mean this time of the year is, McDonalds ada McProsperity burger. Yeay!!! Bila nak dekat tahun baru cina jer, mesti keluar burger ni kan. Best gila.. Ni lah favourite burger aku kat McDonalds. Sedap nak mampos. Dengan sauce black pepper tu.. yum yum.. Dahlah tahun ni, siap ada double plak tu daging dia. Meleleh o…
So malam tadi, aku dengan member aku, betapa semangatnya mengigihkan diri, pergi McDonald’s. Dahlah pukul 2 pagi. Padahal McDonald’s paling dekat adalah lebih kurang 50 plus plus kilometer. Boleh tahan jauh tu. Tapi kalau drive, pastu sembang2, rasa dekat jer…Pergi semata-mata nak makan McD. Pastu balik.
Tapi adengan paling best semalam, on the way nak gi McD tu, WAH..!!! Terjumpa lori angkut babi ni. Dah lama tak nampak babi. Last time aku tengok babi ialah masa kena kejar dengan babi hutan kat hutan kat Melaka time aku Form 5 dulu. Tu pun babi hutan. Lain…
Kalau babi gantung tu, selalu gak lah aku jumpa. Tu dah kena kerat, lain…. Tapi semalam, babi ternak yg kaler pink nak ke kaler coklat kelabu tu. Yang tu lah. Tetiba terkagum plak. Macam tgk singa kat zoo aku rasa.
Babi tu ramai2 kena angkut dengan lori. Sempit je aku tgk. Kesian plak babi tu. Babi tu nak kena sembelih kat Singapore kot. Aku bajet, dekat area jalan yang aku lalu tu, mesti ada ladang ternak babi. Ni nak kena report dengan Karam Sigh Walia ni.
Anyway, tu jer aku nak citer. Semalam aku tengok babi setelah sekian lama. Rugi plak tak snap pic, sbb semalam asyik tgk babi.

