G O B B L O G

Apis' Song

Hey Kau!

by Apis on Dec.25, 2008, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

Hey Kau! [3:26] - Guy’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Bila ku berkata
Lagakmu tak kemana
Kau kan mudah di lupa
Janganlah marah

Bila ku berkata
Tarafmu di kepala
Kan tersembam ke tanah
Jangan melatah

Hey kau (5X) 
12345 Jangan lari
Hey kau (5X)
12345 Jangan sembunyi

Bila ku berkata
Hidup ini sementara
Tak selamanya
Adakah kau bersedia?

Bila ku berkata
Dunia yang indah
Akhirnya kan musnah
Habis cerita

Beribu buih di hamparan lautan
Kan berkecai jua di persisiran
Oo kasih
Beribu teman mengiring perjalanan
Kan hilang nanti
Kau kan sendiri
Oo sedih

Hey kau
Ke kiri ke kanan
Majulah kedepan langkahmu
Hey kau
Ke kiri ke kanan
Ingatlah tujuan asalmu

September, Oktober, November, Disember, na
Januari, Februari, Mac, April, na
May, Jun, Julai, Ogos, Setahun dah
Selamat Hari Jadi………

Lagu ni pun dah lama gak dalam koleksi. Bertahun gak lah. Pasal tu muzik dia old fashion skit. Anyway, Enjoy dan komenlah kalau rajin.

Leave a Comment more...

My Show

by Apis on Dec.19, 2008, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

My Show [3:45] - Guy’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

The tide is high
The river flows
The rays are glow
It’s my show
The birds are sing
With symphony
I felt relief
It’s my show

No boundaries
No heart to please
No curfue at all
Nothing to shield
It’s only me
And my show

Can’t you see what you miss out
In the middle of the night
In the middle of nowhere
Can’t you feel the strength tonight
In the name of your trust
In the name of your love

Would you be by my side
Would you here all night
So i fell allright
It’s my show

Would you cry to my score
Would i hear encore
It’s my show
My show
I want it to be in my way

The curtain’s up
The light is out
The music start
It’s my show
The traffic’s green
No drama queen
I hope i’ll win
It’s my show

It’s been a while since I upload my original song. This song has been in my collection for quite some years. Enjoy!! Do comment.

 

Leave a Comment more...

Tidur, Anakku

by Apis on Jun.06, 2008, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

Tidur Anakku [4:46] - Girl’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Diam anakku jangan menangis,
Indahnya malam, bintang beribu,
Dikau cahaya, pemberian ilahi,
Hadirmu menggamit hatiku.

Tidur-tidur wahai manjaku,
Nyenyaklah kau lena, esok menunggumu,
Mentari kan menyinar menerangi bumi,
Seperti kau menerangi hidupku.

Dunia, penuh pancaroba,
Harus kau tempuh, dengan kesabaran,
Syaitan yang bertopengkan manusia,
Sentiasa ada, memberi dugaan.

Lari engkau berlari,
Mengejar mimpimu,
Dipuncak yang tinggi,
Ku kan sentiasa berdoa,
Kau tak terjatuh,
Ke pangkal bumi.

Selamat datang sayangku,
Inilah dunia barumu,
Walau sementara, kau harus berjasa,
Kerna ia perlukanmu.


O Kasih, kau permataku,
Dikaulah, buah hatiku,
Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa,
Mama perlukanmu selalu.

Jika harapan dan impianmu
Terlepas dari genggamanmu
Usahlah kau melayan rasa kecewa terus berusaha

Jika dunia kejam bagimu
Dan kau tenggelam dalam hidupmu
Tenangkanlah dirimu
Pejamkanlah matamu
Mama kan sentiasa ada disitu…

Alamak, sekali aku demamlah. Dah lama gak tak demam macam ni. Syok gak demam. Takperlah… Menghapus dosa kecil.

Ok, lagu baru ni, aku dah lama buat… Aku buat lagu ni kat Amy Mastura masa dia nak dapat anak first tu. Ingat dulu nak hantar kat dia, tapi tak tahu alamat.

Aku tahu korang dah boring dengar aku ting tong ting tong jer… Hmmm… actually, aku pun dah boring. Sekarang ni, aku tgh berjinak2 dengan Anvil Studio. Doakan aku master. Amin.. 

Back to the song, lagu ni, konon-kononnya macam dinyanyikan oleh ibu masa nak tidurkan anak dia. Kira lagu pesan ibu kepada anak. Feel free to comment.

PS: Aku tgh frust and panic… Reason: my dream vacation mungkin cancel…
PS2: Ignore how stupid i sound when singing “Mama”.. mcm hampeh jer…

 

5 Comments more...

Akan (Bakat’s Version)

by Apis on Jun.01, 2008, under Apis' Song

Actually lagu Akan ni dah lama aku simpan. Memang dah lama sangat. Terlalu lama gila. Sampai arrangement yg stuck kat otak aku untuk lagu Akan ni dah melekat. I’d always imagin lagu ni, fast-number. Arrangement dia ala-ala Beautiful Days- U2.

Suddenly, when I’ve heard another version, it open my eyes. Tak sangka member2 Cari ni, ramai gak yg kreatif. Dulu Leybra, pastu Houdini. Now’s Bakat. Their impretation of my song mmg lain gila from what I’ve imagined. And Bakat’s version of Akan… I like…. A bit mellow, but it capture the mood of the song which is sedih. Hmm.. kalau korang dengar version aku, mesti korang tak rasa version aku sedih kan. Actually, lagu ni pasal sorang mamat yg tak dapat girl yang dia nak sebab girl ni mata duitan. And in chorus, dia hanya berangan dapat girl tu…..

Conclusion, congrats Bakat. I really loved your version and arrangement. Thank you bebanyak. For the lyrics and my plain version CLICK HERE. To hear Bakat’s demo, CLICK HERE.

 

Akan (Bakat’s Version) - 3:40

 

CLICK PLAY TO HEAR THE SONG

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Leave a Comment more...

Akan

by Apis on May.30, 2008, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

Akan [5:03] - Guy’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Indahnya alam,
Gerak-gerimu, yang mengasyikkan,
Kerinduan satu godaan,
Nyata dan khayalan.

Kata bidalan,
Kau laksana bulan,
Tinggi di kayangan,
Tapi sedarkah, dirimu intan,
Bulan kesepian.

Mengapa dirimu,
Menjadi laguku,
Sedangkan hatimu,
Bertukar baju.

CHORUS:
Akan,
Tiba masanya, kau menemani diriku,
bersama bintang cahaya terang.
Akan,
Pasti kau tahu, siapa namaku,
Bila kau terluka tertipu.

Manis senyumanmu,
Untuk pendusta beringgit berharta,
Tandus madu, sepah dihina,
Kau takkan kemana.

Ku buka jalan,
Sedarkan intan, diriku di depan,
Diri ini kau anggap imbasan,
Penyair picisan.

Mengapa gambarmu,
Di kamar hatiku,
Sedangkan dirimu,
Begitu jauh.

CHORUS

Mengapa dirimu,
Igauan mimpiku,
Sedangkan hatimu,
Tak mungkin ku sentuh.
 

CHORUS 2X

In my imagination, this is a rock song. For those yang tak boleh imagine ni rock song, LANTAKLAH!!! Hehehe…

Lagu ni pasal, sorang mamat ni minat kat sorang pompuan, Tapi masalahnya, pompuan ni suka laki-laki yang ada duit jer, bukan laki yang boleh offer cinta sejati seperti yang mamat ni boleh offer. Heheh..

Oklah, That’s it. Hope you guys akan komen.  I accept bad comment and good comment. No worry, aku tak mudah tersinggung.

PS: Sorry, last part tempo is a bit lari. Aku malas nak rekod balik.

4 Comments :, more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!