Anwar Ibrahim & Nurul Izzah join Akademi Nasyid
by Apis on Jul.05, 2008, under Funny, TV
Look what I’ve found… Anwar Ibrahim and Nurul Izzah masuk Akademi Nasyid!!! Seriously!!!! I’m not kidding…!!!!
Sofieya belum mantap
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
Ternyata kumpulan wanita tunggal, Sofieya terpaksa mengakhiri perjuangan merebut hadiah RM100,000 apabila mendapat undian paling rendah. Turut berada pada kedudukan tiga paling rendah ialah kumpulan Farhan serta peserta solo, Mohamad Aimad Mohd Sidek.
Sofieya yang dianggotai Nurul Izzah Radzi, Nurul Ain Jeffrie, Yyanty Nur Ain Jeni dan Norul Huda Arsah mempertaruhkan lagu popular Raihan, Senyum. Nyata persembahan empat gadis manis ini gagal menarik perhatian penonton di rumah.
Farhan yang dianggotai Mohamed Anwar Ibrahim, Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz dan Mohd Faizal Zainal masih selamat dengan mempertaruhkan lagu Iman Mutiara (Raihan) manakala Aimad dengan lagu Kasih Kekasih (In Team).
Program realiti yang mempertaruhkan lagu keagamaan ini disiarkan di TV9 setiap Sabtu, jam 8.30 malam. Persembahan peserta diadili berdasarkan 50 peratus menerusi SMS dan selebihnya penilai juri profesional, Farihin Abd Fatah, Amran Omar dan Azmee Manap.


October 29th, 2008 on 7:51 am
Keep up the good work.