Tidur, Anakku
by Apis on Jun.06, 2008, under Apis' Song
click PLAY to hear the song
Tidur Anakku [4:46] - Girl’s Song
>> Download This Song <<
Right Click –> Save Target As
Diam anakku jangan menangis,
Indahnya malam, bintang beribu,
Dikau cahaya, pemberian ilahi,
Hadirmu menggamit hatiku.Tidur-tidur wahai manjaku,
Nyenyaklah kau lena, esok menunggumu,
Mentari kan menyinar menerangi bumi,
Seperti kau menerangi hidupku.Dunia, penuh pancaroba,
Harus kau tempuh, dengan kesabaran,
Syaitan yang bertopengkan manusia,
Sentiasa ada, memberi dugaan.Lari engkau berlari,
Mengejar mimpimu,
Dipuncak yang tinggi,
Ku kan sentiasa berdoa,
Kau tak terjatuh,
Ke pangkal bumi.Selamat datang sayangku,
Inilah dunia barumu,
Walau sementara, kau harus berjasa,
Kerna ia perlukanmu.
O Kasih, kau permataku,
Dikaulah, buah hatiku,
Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa,
Mama perlukanmu selalu.Jika harapan dan impianmu
Terlepas dari genggamanmu
Usahlah kau melayan rasa kecewa terus berusahaJika dunia kejam bagimu
Dan kau tenggelam dalam hidupmu
Tenangkanlah dirimu
Pejamkanlah matamu
Mama kan sentiasa ada disitu…
Alamak, sekali aku demamlah. Dah lama gak tak demam macam ni. Syok gak demam. Takperlah… Menghapus dosa kecil.
Ok, lagu baru ni, aku dah lama buat… Aku buat lagu ni kat Amy Mastura masa dia nak dapat anak first tu. Ingat dulu nak hantar kat dia, tapi tak tahu alamat.
Aku tahu korang dah boring dengar aku ting tong ting tong jer… Hmmm… actually, aku pun dah boring. Sekarang ni, aku tgh berjinak2 dengan Anvil Studio. Doakan aku master. Amin..
Back to the song, lagu ni, konon-kononnya macam dinyanyikan oleh ibu masa nak tidurkan anak dia. Kira lagu pesan ibu kepada anak. Feel free to comment.
PS: Aku tgh frust and panic… Reason: my dream vacation mungkin cancel…
PS2: Ignore how stupid i sound when singing “Mama”.. mcm hampeh jer…


June 8th, 2008 on 4:23 am
hi kawan…aku dah dgr lagu ni..rasa nak menitik airmata bila dengarkan lirik lagu ni..betul2 rasa cam naluri keibuan tu naik..sbb lirik tu betul2 ikhlas menggambarkan harapan seorang ibu utk anaknya yg baru lihat dunia ni… aku leh bayangkan kalau aku nyanyikan lagu ni kat anak aku sure melelh airmata aku ni..wonder how ‘naluri keibuan” ko tu keluar ek…hehe..
June 8th, 2008 on 8:34 am
heheh… naluri keibuan… lawaks…
June 8th, 2008 on 12:09 pm
Naluri kebapaan…
July 2nd, 2008 on 3:39 pm
u i dh dngr lagu nie lh..bgus..cube u bwk lagu nie kat mane2 syarikat..xpun biar i kembang kan lagu nie..i ade band..i pijam lagu u utk bg lg glamour..nnt name u akn naik jugak..xpun u cipta lagu utk band kiteorg..bleh x???
July 5th, 2008 on 1:06 am
pijamlah lagu ni.. i tak kisah….
nanti kalau dah rekod bagi i dengar yerk… u nak lagu ker?? band you genre apa?