G O B B L O G

NEW SONG: Kejora

by Apis on Feb.19, 2009, under Apis' Song

click PLAY to hear the song

Kejora [3:47] - Guy’s Song

>> Download This Song <<

Right Click –> Save Target As

Takkan aku
Melepaskan
Apa, Yang kita jalin bersama
Semua,
Yang ku damba..
Terlengkap pada
Dirinya

Walau aku tak lafazkan
Cinta
Tak seringkali bersuara
Namun
Percayalah
Hanyalah engkau
Selamanya

Tak mungkin berubah
Perasaan ku padanya
Tak mungkin akan termusnah
Relung cinta yang dibina
Kita hidup berdugaan dunia
Takkan menggoyah
Yang ku rasa

Ke bintang kejora
Kan ku ukir kasih kita
Selagi hayat yang ada
Kan ku serah segalanya
Kita terus
Meredah gelora
Engkau dan aku
Selamanya
Berdua

Maafkanlah sekiranya
Aku
Membuatkan kau terluka
Bodoh
Diri ini
Jika ku lepas
Kau pergi…

Melodi lagu ni dah dekat sebulan dah usia. Dapat ilham masa nak tidor. Tapi lirik baru siap dalam sejam tadi. Buat dalam 15 minit.  Tak tahu nak bubuh tajuk apa. So aku letak jer Kejora.. sbb kat lagu tu ada sebut kejora. takder muzik sgt, so.. harap korang boleh tangkap muziknya. I’m being told, I’m a bad lyricist, so apart from komen my lagu, komen my lirik sekali boleh? Till then, adios.

4 Comments more...

My Trip To Jogja: Day 2 Part 1

by Apis on Feb.18, 2009, under Life

Wah.. dah seminggu aku tak jenguk blog aku. Sori geng… Takderlah bz, cuma kalau balik kerja je, aku terbongkang. Penat. Sejak dua menjak ni, aku cepat penat. Apsal ntah?? Pastu, memandangkan Oscar dah dekat, habit aku tetiap tahun nak tgk filem-filem yang tercalon sblm Majlis Oscar. So, tu yg jarang online tu, sibuk layan movie memanjang. So… kat mana nak sambung ek? Oh… 2nd day…

Pagi tu, aku bangun awal lah gak. Subuh kat sini lambat sejam dari Malaysia. Kiranya, aku sembahyang subuh dekat pukul 7:30 la… Lepas Subuh, ingatkan nak lelap, tp mata tak blh nampaknya. Dah tak ngantuk dah. (walaupun, semalam penat menapak). Aku pun layan TV kat bilik hotel ni. Bila browse channel kat Indon ni, apa yang boleh aku katakan, kat sini hiburan memanjang. Susah nak jumpa rancangan berbentuk pendidikan. Actually aku takderlah suprise sangat sebab rumah aku dapat TV Indon. Heheheheh.. 

Melayan Tengok TV di pagi hari…

Yang aku kagum tu, morning show dia, pagi-pagi dah nyanyi and variety show. Kalau kat Malaysia, pagi-pagi mesti talk show. Yang buat aku terlebih kagum ni, pagi-pagi ni ada rancangan LIVE, pastu penonton RAMAI GILA nyanyi-nyanyi. Biar betul orang Indon ni? Pagi-pagi buta dah ramai mcm tu? Pagi -pagi dah sibuk berasak-asak tgk show nyanyi-nyanyi. Memang kagum sungguh. Aku tak sure nak respek ke tak? Heheh.. Ada satu lagu ni, aku rasa, tak lama lagi toplah kat Malaysia… Group pompuan nyanyi… Lebih kurang mcm ni.. “baby I miss you, I love you, aku takkan lupakan, kamu dari otakku…”. Lagu dia memang catchy dan keren banget deh.

Tapi, ada gaklah satu TV ni tayang brita… Banyak tempat kat Pulau Jawa ni tengah banjir. Aku tengok, Jakarta kena banjir teruk. Aku baru plan dgn abang aku, kalau boring kat Jogja ni, nak gi tempat lain. Nampaknya kansellah sebab banjir.

Hari tu, aku ada dua choice things to do hari tu. Sama ada nak gi Pantai Parangtritis, or… nak gi Chandi Borbodour. Memandangkan guest house kat Jalan Prawiratoman ni senang nak dapat bas ke Parangtritis, so… Aku plan ke Parangtritis la… Mana lagi. Lagipun kalau nak ke ourbodor, mcm lagi complicated je. Kena balik town, lepas tu, kena tukar bas kat situ, pastu bla bla bla…. Tapi kalau nak ke Parangtritis, senang jer. Satu bas. (Info ni semua aku dapat bila tanya pekerja-pekerja kat hotel ni yang sedang sidai baju. Penyidaian baju dia terganggu dek aku. So utk kemudahan anda, rajin-rajinlah bertanya).

Kitorang plan stay sehari je kat Prayogo Baru ni, sbb lps ni nak try duduk kat tgh2 town iaitu kat Jalan Malioboro. Lepas je check-out dalam pukul 9:30 pagi, alangkah terkejut beruknya aku, mamat semalam dah sibuk menunggu kat bawah nak bawak jalan-jalan. Kalau korang lupa saer, baca post sebelum ni. Dah.. mulalah aku nak bengang. Bila dia sibuk-sibuk nak tourguide aku, aku tanpa perasaan belas kasihan cakap, “Makasih Ya Mas, Kami mahu ke Parangtritis. Ngak perlu ditunjuk. Hanya tunggu bas di depan. Kami sudah tahu.”. Dia pun terbongeng sebab telah kehilangan potential client. Situasi sama je macam kat Malaysia. Kalau aku tengah belek-belek shampoo or pencuci muka, tak payahlah salesgirl tu sibuk nak rekemen produk lain. Kacau jer…

On the way nak ke Bus Stop, kena lalu pasar. Sama je mcm pasar basah kat Malaysia. Cuma adalah satu dua barang yang lain skit. Contohnya, belut, buah aprikot, pastu ada sayur-sayur yang aku tak kenal dan lain-lain. Heheh…

Laluan ke bas stop. Kena lalu pasar…

Baru dua minit tunggu bas (actually takde bus stop pun, tunggu je tepi jalan), bas pun sampai… Ni bukan bas Trans-Jogja yang aku cerita semalam tu. Bas Trans-Jogja tu bas moden. Yang ni plak bas kampung. Ala… bas yg takder aircond, tingakap dia boleh bukak tutup tu. Aku rasa, susah dah nak jumpa bas ni kat Malaysia. Tapi bas ni kontot skit. So tempat duduk agak limited.

Tiket bas ke Parangtritis, adalah lebih kurang Rp 20,000. Mahal sebab katanya nak masuk Parangtritis ada tol. Lupa nak mention, aku bawak beg skrg sbb check-out tadi. So.. bila naik bas tu, nampak sangat mcm aku pelancong. Heheh.. So… Maybe tambang murah lg, sbb bas ni takder tiket. kalau konduktor bas klentong aku pun, aku clueless.

Sebelum sampai kat Parangtritis, bas ni ada berhenti kat satu stop. Sementara nak tunggu bas ni resume perjalan, adalah seorang busker ni naik bas and perform atas bus. Dia pun start nyanyilah. Lagu yang dia nyanyi tu, aku tak pernah dengar pun sebelum ni. So.. aku assume, dia nyanyi lagu sendiri. Apa yang boleh aku katakan…. Lagu yang dia nyanyi tu sedap gila!!!! Suara dia pun sedap gila!!!  Sedih gak lah lagu dia. Lirik dia aku rasa, dari apa yang aku paham, tentang dunia sekarang yang tak adil dan orang-orang yang tertindas. Malu nak admit kat sini, tapi lagu ni memang menyentuh perasaan and sebak plak. Wah, boleh plak sebak dalam bas. Hehehhe.. Penyanyi dia pun suara yang tak lemau. Memang respek. Aku nyesal plak tak rekod masa dia nyanyi tu. Hmmm..,. nyesal-nyesal. Lepas nyanyi tu, aku tengok, orang dalam bas lain buat tak tahu jer. Maybe sebab dah biasa kot. Aku pun, sbb aku appreciate gila lagu dia, aku bagilah Rp 2000. Tak sampai singgit pun. Kalaulah aku ada syarikat rakaman, aku akan bagi peluang kat semua orang utk submit karya. Bukan saja penyanyi, tp pencipta lagu. Kengkadang lagu dari “unknown composer” ni lagi power and bagus-bagus.

Yang main gitar tulah brader yang nyanyi lagu sedap gila tu. Aku tak sempat rekod plak lagu dia..

On the way to Parangtritis, apa yang boleh aku katakan, kampung-kampung kat Jogja ni, congested. Rumah kat sini rapat-rapat and kat halam diorang ada sawah padi. Kalau ada tanah kosong skit jer, mesti dah convert jadi sawah padi. Kalau kat Utara Malaysia tu, rumah, sawah, sawah, sawah, sawah, rumah. Tapi kalau kat sini, rumah, sawah, rumah, sawah, rumah, sawah, rumah, sawah. 

Banyak sawah kat Jogja ni.

Nampak tu. Tepi rumah pun ada sawah kan.

Driver bas ni plak… adoi… dah tahu jalan sempit, boleh plak dia nak cilok-cilok. Cuba korang bayangkan, naik motor yang cilok-cilok and nyelit-nyelit tu. Kita tengok pun gerun kan. Cuba plak korang bayangkan, yg menyilok tu bukan motor, tp bas… Nak runtuh jiwa aku naik bas ni. Aku rasa, seganas-ganas driver kat Malaysia, tak seganas driver bas ni. Jalan 2-way dah mcm one way. Walaupun ada kereta datang dr arah bertentangan, dia selamba jer potong. Aku rasa, split second je nak langgar kereta kat depan. banyak kali gaklah jadi mcm tu… Pastu, aku rasa, bukan driver bus ni sorang yg drive gila macam ni, driver lain pun sama… Memang nak runtuh jantung aku. Macam naik roller coaster plak, the whole trip dr town ke Parangtritis.

Tengok traffic kat sana. Ada berani??

Sampai je kat hentian bas Parangtritis, alamak!! Hujan la…. sekarang ni mmg musim hujan. Kenalah berteduh kejab. Dalam 10 minit, bila hujan dah start reda and gerimis-gerimis, barulah kitorang start menapak menghala ke lautan. Aku dengan ni nak declare, ni lah pertama kali aku diri tepi pantai Lautan Hindi. Terasa bangga plak. Heheh.. Ntahapehape. Tu pun nak bangga kan.

Yeay!! First time diri tepi pantai Lautan Hindi..

Ombak dia, aiyyoo…. bukan main tinggi gila. Risau gak lah. Pasir kat sini hitam. Pantai ni, a bit kotor. Tapi, aku bukan nak mandi pun. Sebab memang tak blh mandi. Kat tepi pantai tu, adalah disediakan perkhidmatan naik kuda. Tapi aku malas lah.

Fuyyo, tinggi tu ombak tu…

Bila sembang-sembang dengan local, diorang cerita, dua hari lepas, ada 5 orang meninggal kerana lemas. 3 budak sekolah dan dua pelajar universitas. Ceritanya macam ni, pelajar universitas tu budak pompuan. Dua orang. Diorang yang lemas. Pastu, 3 budak SMP lelaki ni, cuba nak selamatkan diorg. Tapi orang yang nak selamatkan pun lemas. Setakat hari aku pergi tu, hanya mayat budak lelaki tiga orang tu jer baru jumpa. Budak pompuan dua orang tu tak jumpa lagi.. patutlah pantai ni, aku pergi hari ni, somber semacam jer… Mcm manalah diorang boleh berani sangat nak mandi. Air pasang mmg tinggi. Plus dah ada sign board jangan mandi. Tempted aku rasa…

Agak kotor pantai dia.

Dah ada AMARAN jangan mandi. Tapi ada gak yang degil.

Berita tentang tragedi Parangtritis di paper.

Uish, angin kat sini, kuat betul. Actually, bila aku diri tepi Pantai Parangtritis ni, aku terasa  mcm diri tepi pantai kat area Endau-Rompin hari tu. Yang aku pergi masa road trip hari tu. Sama jer.. Pasir hitam, ombak kuat, pantai panjang.. Tu yang aku terpikir plak kat situ, takyah oergi jauh-jauh. Semuanya ada di Malaysia.

Sama je mcm gambar yg aku amik hr tu masa kat Endau-Rompin. Kat Malaysia bersih skit.. Heheh…

Kat tepi pantai ni, banyak betul kerajaan Indon dirikan gerai-gerai. Tapi semua unoccupied. Nak kata abandon tak boleh gak. Sebab aku rasa bangunan ni dah siap. Nak kata baru siap pun tak boleh gak, sebab ada conteng-conteng. So, mesti dah lama… Rasa rugi plak, buat bangunan gerai cantik-cantik, tapi takder orang. Pada akulah, tak yah buat-buat gerai ni. Spoil natural beauty jer. Kalau nak ada gerai pun, buat jer gerai yang portable tu. Meaning, gerai yang tak payah nak bina-bina pakai simen bla bla bla…

Banyak gak lah penempatan kat tepi pantai kat situ. Actually kat area situ, kalau menapak skit, ada makam kat atas bukit. Disebabkan time tu cuaca tak stabil, mendung jer… Aku pun malas nak tengok kubur orang. Dahlah kena daki bukit. Kalau sampai atas tu, hujan, naya jer.. dah lah aku bawak bag ni.

Penempatan di tepi pantai Parangtritis

Penempatan lagi…

Aku baca kat forum sebelum ni, kalau jalan ikut pesisiran oantai ke depan skit ada Gumuk Pasir. Dari apa yang aku baca, Gumuk Pasir ni mcm geng-geng pasir yang ada kat Sahara sana nun. Pasirnya buat formation apa ntah. Jalan punya jalan punya jalan, tak jumpa pun….. So aku dengan abang aku dah malas dah. So, aku pun terpikir, maybe hujan kot. Pasir kalau kena hujan, mcm mana nak buat formation. So aku rasa, tak payahlah tengok. Nanti aku gi Egypt sana, tgk pasir banyak-banyak. Takpun tengok pasit masa aku gi haji nanti. Hehhe…

Lepas tu tak tahu nak buat apa, kitorang pun pergilah makan. Aku order nasi goreng special. Harga Rp 6000. Lebih kurang RM 2 jer. Kalau kat Malaysia tu, nasi goreng sepcial memang specail abis. Tapi kat kedai ni, yang special cuma taruk telur jer. Yoyo oo jer aku ingat ada ayam semua. Wishful thinking. Padanlah dengan harga RM 2 je kan. Hehhe…

Lepas ronda-ronda skit kat Parangtritis ni, and snap snap pic kat tugu apa ntah, kitorang plan nak berangkat.

Bangunan Pentadbiran Pantai Parangtritis kot

Tugu apa ntah kat Parangtritis. Lupa…

Petang ni plannyer nak ronda-ronda kat town Jogja. So, Malioboro, here we come….

2 Comments more...

My Trip To Jogja: Day 1 Part 2

by Apis on Feb.11, 2009, under Life

Ke mana-mana kita travel, kalau kita ikut guide memanjang or naik bas pelancong jer, pada aku, tu bukan “melancong” dalam erti kata yang sebenar.

Bagi orang yang kurang kaya macam aku ni, alang-alang nak melancong, aku nak experience life kat situ. Yelah, tempat baru. So kita mesti nak rasa apa yang unik dan different tentang tempat tu compared to our home. One of the easiest way nak experience life local people is…. naik public transport. Did I mention, it’s also the chepest way??

Ni first time aku pergi pulau Jawa.. Apa yang boleh aku cakap daripada observation aku dalam Bas Trans-Jogja ni ialah, remaja Indonesia sama jer macam remaja Malaysia. Lebih kurang jer.. Muka pun lebih kurang sama.. Muka orang kat Pulau Jawa ni ada sesikit macam orang Malaysia. Muka diorang ni tak banyak mcm Indon yang kerja kilang kat Malaysia. I guess yang kerja kilang kat Malaysia tu banyak Indon dari Pulau Sumatera.

Cuaca kat sana, as of aku pergi February, sama jer macam kat Malaysia. Tapi sekarang tgh musim hujan. Local kata, petang jer hujan, petang jer hujan. Disebabkan aku ada buat research sikit sangat, tu pun kat forum, I’ve learned that, Jalan Malioboro is the it place to be kat Jogja ni. Kiranya mcm Bukit Bintang kat KL lah kot. Tu memang touristy area.

In my hand ada address Duta Guest House yang diorang kata murah kat Jogja ni. Guest house ni bukan kat Malioboro tapi kat Jalan Prawirotaman. Aku rasa, Jalan Prawirotaman ni dekat jer dengan Jalan Malioboro. So plan aku, naik bas ni dan berhenti kat “halte” Jalan Malioboro.

Lupa plak nak mention, kat dalam bas Trans-Jogja ni, ada konduktor. Tapi fungsi konduktor ni bukan nak kutip duit tiket. Tiket dah bayar kat stesen bas tadi.. Tapi fungsi konduktor ni, tolong susun beg, atur orang dan paling best, setiap kali nak sampai ke “halte”, dia akan buat annoucement.. “Perhatian para penumpang sekalian…. kita akan bla bla bla… jangan lupa pastikan bagasi bla bla bla… Terima kasih kerana bla bla bla…”. Baguskan konduktor tu. Gigih betul, aku rasa dah macam DJ gak diorang. Kengkadang kena ngolok/hanjing and gelak gak dengan penumpang-penumpang, tp.. heheh.. aku pun lawak..

Sampai jer Jalan Malioboro, kitorang pun turun. Uish, bukan main sibuk jalan ni.. Ni kiranya macam shopping district lah. Ramai banget orangnya. Aku target malam tu, sampai2 terus cari Jalan Prawirotaman, nak cari Duta Guest House yang murah and cantik tu. Kalau tengok kat site dia, siap ada swimming pool lagi.. Berbekalkan rough map di tangan, kitorang pun menapaklah.

Ingatkan dekatlah Jalan Prawirotaman tu dengan Malioboro. Tapi.. adoi… aku dah jalan dekat 1 km lebih, tapi tak sampai2 ni. Rupanya, map tu telah menipu aku, rupanya jauh lagi…. aiyyoo… dah lah bawak beg plak tu.

Disebabkan abang aku dah tak larat nak jalan, aku pun risau kena kidnap or copet sebab dah malam, so kitorang decide nak naik bechak. Bechak ni lebih kurang beca lah.. bersepah-sepah kat town Jogja ni. Sebelum ni banyak gak bechak kitorang dah jumpa, tapi disebabkan kitorang kerek nak mampus, kitorang ignore je. Ingatkan dekat lagi Prawirotaman tu.. Hehheh

Kos dari Jalan Malioboro tu, (Malioboro tu is a panjang street tau), ke Jalan Prawirotaman is Rp 8,000. Kiranya kalau convert ke Ringgit is about dua ringgit lebih jer. Kalau aku tahu, awal-awal aku dah naik bechak. Sebab apa, memang jauh gila destination aku tu. Orang bawak bechak tu pulak, gigih mengayuh. Sian plak aku tengok kat om (pakcik) tu.. Aku ni bukanlah anti org gemuk ke apa, tapi disebabkan abang aku ni, kategori berisi, tempat duduk beca tu, bontot dia jer conquer.. Aku rasa aku tersepit. Rasa nah pecah pungkok aku. Hehhe.. Anyway, it was nice, sebab aku pun dah lama tak naik beca. Last time naik beca is dengan mak aku masa aku kecik-kecik dulu. Kalau kat Malaysia, mesti macam segan kan, dah tua bangka ni nak naik beca. Heheheh…

Sampai je kat Jalan Prawirotoman tu, mulalah kitorang meng”scout” hotel yang murah-murah. Tetiba datang sorang yang tak dikenali beriya-riya nak tunjukkan hotel murah-murah kat situ. Abang aku plak, pergi melayan. Aku dah agak dah, nak kena masuk “trap” ni… Rupa-rupanya, dia konon-konon nak tunjukkan hotel-hotel kat area Prawirotaman. Dalam hati aku, tak payah, sbb berlambak hotel kat sini. Boleh jer aku carik sendiri. Bukan aku kedekut tak nak keluar duit ker apa, tp rasa uncomfortable lah kalau kita tak boleh decide sendiri. Aku tak sempat nak pikir, dia dah sibuk-sibuk nak tunjukkan hotel kat aku. Argghh… Tention!!! Nyibuk jer…

Disebabkan aku pun tak familiar lg dengan tempat tu, dengan berat hati aku “hire” jer lah brother tu. Intention aku, aku akan berlakon suka kat first hotel yang dia rekemen, supaya dapat singkirkan dia dengan cepat sikit. Tapi alangkah malang aku, dia kata lepas aku check in, nak tunggu kat depan hotel ni nak bawak aku ronda-ronda malam ni. Esok pagi pun dia nak bawak aku bersiar-siar. Tak pasal-pasal, aku terikat dengan “commitment” dia. Adoi, mamat ni, tak paham-paham ke aku dah uncomfortable ni. Yang abang aku plak, suka buat janji palsu. Aku kalau tak nak, kata jer tak nak. Tak payah kata, “nnt pikir dulu, bla bla bla…”

Aku pun malas nak pikir, check in jer kat hotel first yang aku jumpa. Pastu aku cakap kat brother tu, “Makasih ya mas..  Kami capek (maksudnya penat, betulker spelling??). Ketemuin lagi ya…“. Dan dengan muka tak paham, aku hulur jer Rp 2,000. Memang murah tu, tp korang kena paham. Bukan sebab money, tp kecomfortablelan aku. Kan?? 

Selamat hotel yang aku check-in tu OK. Harga pun Rp 120,000. Lebih kurang RM 40 semalam. Kira murah lah tu. Kemudahan pun OK jer.. Ada kipas. Katil untuk tiga orang. Indoor bathroom and toilet. Siap ada TV lagi.. So memang satisfactory dengan harga yang aku bayar. Nama hotelnya, Prayogo Baru. Walaupun tak dapat Duta Guest House seperti yang aku plan, tapi… It’s OK.

Ni resit hotel aku.

Nilah bilik aku…

Belah luar..

Belah dalam..

Permandangan dari “lantai” bilik aku…

Bumbung-bumbung di Jogja..

Lepas rehat-rehat skit dalam hotel and sembahyang, ingat nak kluar kejab cari makan. Tengok-tengok, turun jer hotel, mamat unofficial “tour guide” tadi dah tunggu kat bawah. Wah!! Tak blah-blah lagi… Adoii…. !!! Kali ni biar aku yang handle. Kalau abang aku handle, banyak plak cerita. Abang aku ni baik hati sangat. Nanti dia melayan mamat tour guide tak bertauliah ni. Aku dengan muka kejam skit, cakap jer, “Ngak Mahuk!!! Udah dibilang ngak mahuk!! Apa yang kamu tidak ngerti???”.. buat slang Indonesia skit. hehe.. Dengan muka blur, dia pun surrender.. hahahah, puas hati aku.

Malam tu ronda-ronda skit, perut dah meragam, so cari tempat makan. Kat area ni banyak “lesehan”.. lesehan ni mcm warong-warong kecil la… Tapi customer duduk atas tikar, tepi jalan. Disebabkan aku tak adventurous sgt dengan food kat sini, and aku was-was kebersihan.. so aku makan kat indoor restoran. Restoran nasi padang. Banyak jugaklah aku melantak malam tu, dengan lauk ayam and daging and ulam. Sekali kena Rp 60,000. Agak mahallah compare to price of other food kat sini. Oklah tu, kalau kat Malaysia, makan McD lagi mahal kan. Hehhe..

Perut dah kenyang, takkan nak terus tidor. So kitorang ronda-ronda tengok scenery malam. Ronda punya ronda, aku jumpa kedai butik T-shirt yang dari luar nampak agak menarik. Masuk-masuk dalam, kedainya agak funky. T-shirt kat sini pun semua lawa-lawa. Rambang mata aku. Brand-nya; Daging Tumbuh. Shortformnyer; DGTMB. Designnyer keren banget deh!!! Tapi agak familiar. Bila aku tanya mamat jaga kedai tu, saper artisnya, dia kata orang Malaysia. Orang Malaysia?? Tapi aku still tak blh nak recall saper. Pelukis komik Gempakstarz kot…

Aku pun apa lagi, sambar lah satu. T-shirt ni pun, sales boy tu kata, setiap design is limited. Kiranya, susah nak jumpa orang lain boria dengan kita. Hehhe.. Harga pun, not-bad. Rp100,000. Lebih kurang RM 30 –. Bukan ++. Lawa T-shirt ni. Tak sabar plak aku nak melaram. Kedai ni pun, tak bukak kat Malaysia. Kan best kalau ada cawangan kat Malaysia. Hmmm… Klik atas kad kalau nak masuk site and blog Daging Tumbuh..

Kad Kedai T-Shirt Daging Tumbuh

Kad Daging Tumbuh ni pun lawa kan. Suka aku dengan design dia..

Lepas tu shopping sesikit. Aku siap beli berus gigi lagi. Padahal dah bawak berus gigi. Kat sini, Oral-B dua batang, lebih kurang singgit lebih je. Murah kan. Dah selesai, kitorang balik bilik. Plan untuk esok sikit-sikit. Pastu, aku tidor…..

 Next Day: Aku pergi Beach Parangtritis.. Tunggu next post. 

2 Comments more...

My Trip To Jogja: Day 1 Part 1

by Apis on Feb.09, 2009, under Life

Welcome back to me… Actually dah lama dah sampai Malaysia.. Jumaat pagi aku dah ada kat rumah aku dah. Tapi disebabkan penat, hari ni baru aku ada mood nak tulis post.

Bagi sesiapa yang tak tahu, last week dari 2nd to 5th February, I was holidaying in Jogja. Aku dapat tiket murah from AirAsia. Return ticket including tax adalah dalam RM180++. Aku pun lupa, the exact price sebab dah lama beli. Biasalah, kalau tiket murah, memang kena beli waaayyy before the trip. Hehe… Since there’s no direct flight from JB to Jogja, terpaksalah aku turun ke KL.

Kenapa aku ke Jogja? Kat situ ada Candi Borbodour, Prambanan.. pastu ada kawasan kawah gunung berapi, kawasan bukit tinggi and Jogja town itself is a historical site. Beside, it’s the second most visited town in Indonesia apart from Bali. (I’m sure of this cause I read it somewhere). Tapi main reason aku gi Jogja is…. masa booking zero fare AirAsia, tiket ke tempat lain dah kehabisan yang murah tu. Hehhe.. Tinggal Jogja je. Trip ni sepatutnya 3 orang. Aku, my high school friend and abang aku. But my friend tu, ada problem yang tak boleh dielakkan. So.. berdua jer lah nampaknya.

@LCCT, KLIA

@LCCT, KLIA

ni kapal terpabang aku nak naik. Tu abang aku...

Ni kapal terbang aku nak naik. Tu abang aku….

ni dalam kapal terbang

Ni dalam kapal terbang.

On that day, suppose my flight at 13:55, tp delay lah..  Lama tu menunggu, dengan ditambah aku ni yang terlebih excited nak tengok Candi B0urbodor. Actually hari tu, aku pikir, alang2 dah flight delay, lebih baik flight delay 2 jam terus. Sebab kalau delay dua jam, dapat e-voucher RM 200. Boleh lah aku gunakan utk melancong tempat lain. Unfortunately, delay setengah jam jer.. Punah harapan aku.

My plane arrived at Jogja lebih kurang dah dekat nak pukul 6. Lama tu.. supposed 2 and a half hour flight, jadi sampai 3 jam lebih. Ni semua sebab flight aku kena que nak landing. Agak lama jugak lah, plane aku berlegar-legar di langit sbb nak tunggu plane lagi satu finish landing. Apa yang aku boleh nampak dari atas, preview aku tentang Jogja ni, penuh dengan sawah padi. Dari atas nampak kotank-kotak sawah padi jer. Pastu aku nampak sneak peek of Pantai Parangtritis. Pasirnya kok hitem…. Hehhehe… First time tu aku tengok lautan Hindi. Bangga beb.. hheheh… Sampai-sampai, unfortunately, hujan. Tapi takderlah lebat. Boleh tahan lagi. Hehhe..

Awan yang terpilu...

Awan yang terpilu

nampak tak Parangtritis??

Nampak tak Parangtritis?

First time dalam hidup aku nampak Lautan Hindi...

First time dalam hidup aku nampak Lautan Hindi

Hujan menyambut kedatangan aku...

Hujan Menyambut kedatangan aku…

Disebabkan, preparation aku ke Jogja ni tak banyak sgt, preparation mcm takder, so basically, aku dengan abang aku nak gamble. Sampai-sampai je kitorang cari Musollah dulu, pastu baru decide nak buat apa. Kat musollah tu.. (they called it musollah here, not surau), aku agak terkena kejutan budayalah sikit, sebab surau lelaki and perempuan, bercampur… Masa aku nak sembahyang jamak tu, adalah seorang pompuan seksi tu masuk. Terkejut aku. Rupa-rupanya, dia nak sembahyang. Walaupun seksi, sembahyang tak tingal.. Ahaks!!!

Dalam plane tadi, aku perasan ramai bebudak Malaysia. Actually, most of them are student. Jogja ni actually pusat pendidikan yang terkenal di Indonesia. Banyak universiti kat sini. One of them is Universiti Gajah Mada. Bebudak Malaysia pun ramai yang ambik medic kat sini. So, kitorang plan nak tanya bebudak ni, whats the optimum way (easy and cheap) to get to Jogja town from the airport. Yelah, sesama negara, mana tahu boleh bagi tips ke apa. Aku tanya sorang budak pompuan ni, dia kata, nak gi town naik cab, 400,000 rupiah, dia kata tu jer yang paling murah. Pesan kat driver cab tu nak ikut meter. Aku pun.. “Oh, ye ke??”

Rp 400,000??? Mahal tu!! Rp 3,000 lebih kurang RM 1.20. So kalau Rp 400,000 dah dekat RM 40 aku rasa. So disebabkan aku tak puas hati, aku tanya jer sorang pak guard kat situ. Yelah, malu bertanya, sesat jalan. Dia kata, the cheapest way, naik bas Trans Jogja. Harganya Rp 3,000 jer. Tak sampai singgit pon. Direct dari airport ke town.

Nampak sangat budak yang aku tanya tadi tak tahu or, dah bertahun-tahun belajar kat Jogja, tapi tak pernah pusing-pusing bandar Jogja., Takkan bas tu pun dia tak tahu?? Tu mesti spesis ulat buku, duduk bilik belajar jer. Takpun, spesis orang kaya, keluar naik cab. Or spesis jimat duit. Hehheh.. Aku tengok, kat bus stop tu, ramai jer orang tunggu bas, so kalau bas ni “unknown”, mcm impossible lah gak kan.

Disebabkan aku dah jumpa bas stop ni, my trip to Jogja now officially begin. Aku pun rasa nak sambung esok jer lah… Stay tune for part 2 of Day 1.

2 Comments more...

Argghh!!! Terhegeh-hegeh!!!

by Apis on Jan.30, 2009, under Life, Thoughts

Aku bukan nak kongajo ke atau apa.. Tapi ada satu benda yg aku betul-betul tention kalau gi bank or pos opis kat Malaysia ni. Tadi, seperti biasa, dah ujung-ujung bulan ni, aku akan gi bank, nak cash-in check. Disebabkan ketidaksabaran aku nak cash-in check, tak terpikir plak aku, this time of the month memang akan ramai orang pergi bank. Biasalah, hujung bulan. Semua dah semput nyawa-nyawa ikan macam aku. Hehhe..

Aku plak silapnya tadi, gi bank dah dekat nak time sembahyang Jumaat. Dalam pukul 12 baru aku sampai bank. Kiranya, aku amik no giliran dalam pkl 12 lebih-lebih sikit. Biasalah ramai orang, so tunggunya pun lama… Tapi disebabkan tadi tak makan lagi, so.. senang lah aku nak melenting. Perut kalau tengah lapar, senang jadi pemarah. 

Aku nak tanya ni, kenapa ek, kalau kat bank, ramai orang kalau kaunter dah panggil nombor giliran diorg, jalan berlenggang-lenggok and terhegh-hegeh?? Cepatlah sikit!! Yang aku tak puas hati tu… Kalau dah tahu nombor dah nak dipanggil, preparelah!! Ni tak, bila time no dipanggil, time tu lah baru sibuk nak ambik wallet lah, kemas beg lah.. Adoooooiiii..!! Aku yg menunggu tu sikit punya tention tgk telatah masing. Sakit jiwa aku dibuatnya.

Pastu, ada sorang mamat ni, no dia 158… Dah sah-sah screen kat depan dah tunjuk 158, dia duduk lagi… Nak tunggu minah robot tu sebut “158, kaunter 3″ habis, barulah dia nak bangun. Aiiyooo.., kan no kau dah ada kat screen, bangun jer lah… Ni tak, time tu baru nak terhegeh-hegeh. Tak campur lagi dengan orang yg bila nombor dipanggil, baru sibuk nak isi form kat kaunter. Argghhh!!!!!

Cuba bayangkan kalau setiap orang mengambil masa 1 minit untuk terhegeh-hegeh. So kalau 20 orang, 20 minit kan? Tak ker lama tu… 20 minit tu actually boleh dihindarkan. So, aku cadangkan, sesaper yg gi bank or tempat2 yang sewaktu dengannya tu, alert lah sikit dengan no giliran korang. Kalau dah dekat tu, buat-buatlah prepare.

2 Comments more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!